Membina mahligai perkahwinan sememangnya sesuatu yang harus difikirkan dengan serius kerana ia disifatkan sebagai satu peristiwa yang berlaku sekali seumur hayat.
Lantas ia memberi alasan yang wajar bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan menguruskan perkahwinan untuk mengambil kesempatan terhadap majlis perkahwinan yang diadakan.
Justeru, jika anda tidak berhati-hati dalam merancang bajet perkahwinan anda, anda mungkin boleh terjebak dengan masalah kewangan kemudian hari. Sudah pasti ia bukanlah cara yang baik untuk memulakan penghidupan yang baru dengan pasangan anda.
Jadi, apakah yang harus dilakukan untuk memastikan sesebuah perkahwinan itu disempurnakan dengan tenang tanpa meninggalkan implikasi kewangan kemudian hari?
![]() |
Hantaran cousin saya - Eppa iaitu sebanyak 17 Dinar (pada masa tersebut sekitar RM10,000) |
Jawapannya terletak kepada ‘perancangan’. Merancang untuk sesebuah perkahwinan sewajarnya dibawa berbincang sebaik sahaja anda memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan. Tidak kira majlis yang bakal diadakan itu kecil atau besar, pokok pangkalnya, apa yang anda ingin tonjolkan kelak ialah cincin perkahwinan, gaun pengantin, album gambar dan rakaman video.
Namun ini tidak bermakna anda tidak boleh berbelanja untuk membeli bunga-bungaan segar untuk menghiasi majlis perkahwinan anda. Tetapi, bajet anda itu boleh membantu anda untuk mengutamakan keperluan yang betul-betul diperlukan dan di mana wang itu harus disalurkan.
Di sini digariskan beberapa tip yang diberikan oleh Perrsatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) seperti yang terkandung dalam buku panduannya mengenai Kewangan Perseorangan.
Mewujudkan bajet perkahwinan
Bajet sudah tentu adalah satu kemestian dalam merancang perkahwinan anda. Perbelanjaan atau kos boleh turun naik di luar kawalan jika anda tidak mendokumenkan segala benda yang anda beli. Tetapi soalannya, bagaimana untuk menentukan apakah perkara yang diperlukan untuk perkahwinan anda. Di sini ialah bagaimana anda boleh melakukannya:
* Berbincang dengan pasangan anda
Berbincang dengan bakal pasangan hidup anda bentuk perkahwinan bagaimana yang anda berdua dambakan. Adakah majlis itu ingin diadakan di sebuah taman atau di sebuah dewan? Pastikan anda mencapai keputusan yang dipersetujui bersama. Kemudian, teruskan untuk berbincang mengenai tempat, pakaian, makanan, jemputan dan sebagainya.
* Memberi keutamaan mengikut yang disenaraikan
Sememangnya, perkahwinan adalah hari penting buat anda. Tetapi cuba renung sejenak. Anda mempunyai bajet terhad untuk melakukannya. Jadi cara terbaik ialah dengan memberi keutamaan terhadap perkara-perkara penting dahulu.
Misalnya, adakah menyewa kereta perkahwinan lebih penting daripada muzik? Idea di sini adalah untuk anda mencari jalan menjimatkan belanja tanpa mengorbankan impian anda. Seandainya, muzik lebih penting untuk anda, jadi anda mungkin boleh memilih sebuah kereta Honda berbanding Jaguar sebagai kereta perkahwinan.
* Tahu siapa bayar untuk apa
Ia juga boleh membantu untuk mengetahui siapa yang membayar untuk beberapa perkara bagi majlis perkahwinan anda. Untuk melakukannya, adalah lebih baik untuk bertemu dengan kedua-dua belah pihak bagi mengetahui jika ada adat tradisi yang harus dilakukan. Jika tiada, mungkin anda berbincang bagaimana kedua-dua belah pihak boleh berkongsi perbelanjaan.
* Ketahui status kewangan anda
Kira berapa banyak wang yang anda miliki. Berapa banyak yang anda fikir anda perlukan untuk perkahwinan itu dan berapa banyak pula yang anda perlu simpan?
* Usahakan cara untuk mendapatkan wang
Buat satu pelan untuk menjimatkan wang yang diperlukan untuk perkahwinan itu. Salah satu perkara yang boleh diusahakan ialah dengan mewujudkan akaun bersama semata-mata untuk tujuan perkahwinan. Anda berdua kemudiannya boleh mendepositkan wang anda secara kerap. Berdisiplin dalam melakukannya, jika tidak anda tidak mampu untuk mencapai sasaran anda.
Anda juga mungkin boleh memikirkan untuk menjual amanah saham atau saham jika perlu kerana ia adalah lebih baik daripada anda mengambil pinjaman peribadi daripada bank.
* Bahagikan bajet anda
Bahagikan bajet anda mengikut keutamaan. Pada umumnya, majlis perkahwinan anda akan menelan belanja sehingga 50 peratus. Pakaian pengantin, fotografi dan bunga-bungaan, masing-masing boleh menelan belanja sehingga 10 peratus dan baki 20 peratus pula pergi kepada beberapa hal seperti kad jemputan, sewa kereta dan sebagainya.
* Dapatkan sebut harga daripada pembekal
Tujuannya adalah untuk mendapatkan harga terbaik bagi perkhidmatan yang ada mahukan. Oleh itu, dapatkan sekurang-kurangnya daripada tiga orang pembekal untuk sesuatu perkhidmatan. Perolehi sebut harga daripada kedai bunga, kedai gambar, katerer, perkhidmatan kereta sewa dan sebagainya. Kemudian bandingkan harga yang ditawarkan.
* Pilih pembekal anda
Kadang-kadang, harga bukanlah faktor penentu untuk anda memilih pembekal. Kualiti sesuatu perkhidmatan dan cara mereka mengendalikan anda sebagai pelanggan juga wajar diambilkira. Oleh itu, ketemui mereka dan bersedia mengajukan soalan.
* Dapatkan jumlah dengan betul
Sekarang setelah anda sudah mempunyai bajet yang tepat untuk setiap barangan atau perkhidmatan dalam senarai anda, perkara seterusnya ialah mencatatkan kos sebenar untuk setiap barangan bersebelahan dengan kos jangkaannya. Ini adalah untuk anda membuat perbandingan bagi mengetahui sejauh mana yang anda boleh membelanjakan wang anda untuk barangan tersebut. Anda juga boleh membuat pindaan jika perlu.
* Simpan semua rekod atau catatan
Simpan semua rekod, perjanjian, resit dan baucar di tempat yang selamat. Jika perlu, bayar dengan kad kredit. Ia amat penting digunakan bagi memudahkan anda membuat bantahan atau menyangkal jika ada sangsi dengan pembayaran tersebut.
* Semak bajet anda
Sebulan sekali, semak bajet anda untuk memastikan ada berada di landasan yang betul. Bila tarikh perkahwinan sudah hampir, anda mungkin mahu melakukannya setiap minggu memandangkan anda perlu membuat pembelian dan tempahan.
Seelok-eloknya cuba usahakan sebuah majlis perkahwinan yang memenuhi keadaan kewangan anda. Biasa juga berlaku, majlis perkahwinan yang diadakan secara besar-besaran yang menjangkaui keupayaan kewangan dan akhirnya kemelut kewangan membelenggu kehidupan baru untuk tempoh yang agak panjang.
Bersederhana dalam hal ini. Elak mengambil pinjaman peribadi daripada bank kerana jumlah pinjaman yang tidak sewajarnya boleh mengheret anda membuat pembayaran sehingga anda mendapat anak yang ketiga. Ketika itu, tanggungjawab kewangan anda sudah menjadi satu bebanan dan jika anda tidak berhati-hati, anda mungkin boleh terjebak dengan masalah kewangan yang tenat.
Hakikatnya, majlis perkahwinan sepatutnya menjadi acara yang meriah, bahagia dan mampu memahat kenangan indah. Jadi, apa jua bajet yang anda ada, pastikan ia berada pada landasan yang betul.
Sudah tentu anda tidak mahu membayar bil-bil yang tinggi pada bulan pertama perkahwinan anda, kan?
Tips Menggunakan Emas Jongkong
- Ini adalah pengalaman saya sendiri jadi mudah untuk saya kongsikan bersama. Keputusan untuk saya berkahwin telah dibuat pada awal Februari 2010.
- Keluarga kami telah menetapkan tarikh perkahwinan pada 18 December 2010. Jadi ada 9 bulan untuk tempoh membuat persediaan perkahwinan.
- Jumlah hantaran ditetapkan sebanyak RM15,000 (perghh banyak tu)
- Saya membuat keputusan untuk membeli 100 gram Gold Bar pada 5 Februari 2010 pada harga RM12,883.
- Tanggal tarikh perkahwinan saya 18 December 2010, harga emas 100 gram tersebut telah meningkat kepada RM15,500!(terlebih RM500 pulak dah)
- Dan sekarang pada 8 September 2011 harga 100 gram tersebut telah meningkat kepada RM19, 520! Seumpama kos perkahwinan saya telah di cover up hanya setelah 9 bulan perkahwinan.
- Di jangkakan selepas 4 tahun kos perkahwinan saya totally dapat dicover oleh kenaikan harga emas tersebut!
Perkahwinan admin publicgoldsarawak.com pada 18 December 2010 =)
Ok, mungkin anda tertanya-tanya.. Bagaimana saya begitu confident harga emas akan terus naik walaupun dalam tempoh 9 bulan sahaja? Jawapannya mudah: Saya belajar dari sejarah harga emas! Lihat dibawah

Setiap tahun orang kata emas mahal.. Tapi apabila dah di tahun seterusnya mereka akan kata, emas tahun lepas murah! Pelik bukan =) itulah mentaliti orang yang belum memiliki emas
0 comments:
Post a Comment