Thursday, August 16, 2012

0 Harga emas meningkat bermula Ogos setiap tahun! Apa buktinya?


Salam sejahtera,
Mungkin ramai yang masih menunggu ilham dan masa yang tepat untuk membeli emas. Jadi di sini saya kongsikan analisis pergerakan harga emas dan ramalan pergerakan harga emas. Mungkin ini dapat membantu anda untuk mengenalpasti masa terbaik untuk membeli emas!
Saya membuat keputusan berdasarkan hujah & fakta yang kukuh! Anda bila lagi nak buat keputusan membeli emas even bukti sudah ditunjukkan?
  1. Untuk tujuan ini saya telah merujuk kepada artikel daripada laman web www.usagold.com . Pemilik laman web ini ialah Michael J. Kosares.
  2. Beliau merupakan penulis buku The ABCs of Gold Investing: How to Protect and Build Your Wealth with Gold“. Saya sendiri membeli dan membaca buku ini.
  3. Bagi beliau, masa terbaik untuk membeli emas ialah daripada bulan Jun dan Julai. Anda boleh baca artikel berkenaan di http://www.usagold.com/analysis/doldrums-2008.html
Namun bagi saya pula masa terbaik ialah pada awal bulan Ogos (iaitu 6 bulan dari sekarang). Saya ada buat analisis saya yang tersendiri.
Mari kita lihat sejarah harga emas daripada tahun 2000 sehingga 2010.
Garisan merah menegak mewakili bulan Ogos
Garisan merah mendatar menunjukkan pergerakan harga daripada Ogos sehingga Disember.
Graf di bawah: Carta harga emas dari tahun 2001 sehingga 2010
Kenaikan sebanyak 26% dari Ogos - Dec 2009
Kenaikan harga sebanyak 22% daripada Ogos - Dec 2010
Kenaikan June - Sept 2011 adalah sebanyak 30% !!
Daripada graf harga emas sepanjang 10 tahun ini, boleh dikatakan harga akan mula naik dari Ogos sehingga hujung tahun.
Jadi sekarang adalah masa terbaik untuk membeli emas.
Semoga anda kini mendapat ilham.
Yang Benar,
Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta
H/P: 019-8884452
Admin www.publicgoldsarawak.com

0 Rancang Bajet Perkahwinan Anda dengan menggunakan EMAS


Membina mahligai perkahwinan sememangnya sesuatu yang harus difikirkan dengan serius kerana ia disifatkan sebagai satu peristiwa yang berlaku sekali seumur hayat.
Lantas ia memberi alasan yang wajar bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan menguruskan perkahwinan untuk mengambil kesempatan terhadap majlis perkahwinan yang diadakan.
Justeru, jika anda tidak berhati-hati dalam merancang bajet perkahwinan anda, anda mungkin boleh terjebak dengan masalah kewangan kemudian hari. Sudah pasti ia bukanlah cara yang baik untuk memulakan penghidupan yang baru dengan pasangan anda.
Jadi, apakah yang harus dilakukan untuk memastikan sesebuah perkahwinan itu disempurnakan dengan tenang tanpa meninggalkan implikasi kewangan kemudian hari?
Hantaran cousin saya - Eppa iaitu sebanyak 17 Dinar (pada masa tersebut sekitar RM10,000)

Jawapannya terletak kepada ‘perancangan’. Merancang untuk sesebuah perkahwinan sewajarnya dibawa berbincang sebaik sahaja anda memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan. Tidak kira majlis yang bakal diadakan itu kecil atau besar, pokok pangkalnya, apa yang anda ingin tonjolkan kelak ialah cincin perkahwinan, gaun pengantin, album gambar dan rakaman video.
Namun ini tidak bermakna anda tidak boleh berbelanja untuk membeli bunga-bungaan segar untuk menghiasi majlis perkahwinan anda. Tetapi, bajet anda itu boleh membantu anda untuk mengutamakan keperluan yang betul-betul diperlukan dan di mana wang itu harus disalurkan.
Di sini digariskan beberapa tip yang diberikan oleh Perrsatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) seperti yang terkandung dalam buku panduannya mengenai Kewangan Perseorangan.
Mewujudkan bajet perkahwinan
Bajet sudah tentu adalah satu kemestian dalam merancang perkahwinan anda. Perbelanjaan atau kos boleh turun naik di luar kawalan jika anda tidak mendokumenkan segala benda yang anda beli. Tetapi soalannya, bagaimana untuk menentukan apakah perkara yang diperlukan untuk perkahwinan anda. Di sini ialah bagaimana anda boleh melakukannya:
* Berbincang dengan pasangan anda
Berbincang dengan bakal pasangan hidup anda bentuk perkahwinan bagaimana yang anda berdua dambakan. Adakah majlis itu ingin diadakan di sebuah taman atau di sebuah dewan? Pastikan anda mencapai keputusan yang dipersetujui bersama. Kemudian, teruskan untuk berbincang mengenai tempat, pakaian, makanan, jemputan dan sebagainya.
* Memberi keutamaan mengikut yang disenaraikan
Sememangnya, perkahwinan adalah hari penting buat anda. Tetapi cuba renung sejenak. Anda mempunyai bajet terhad untuk melakukannya. Jadi cara terbaik ialah dengan memberi keutamaan terhadap perkara-perkara penting dahulu.
Misalnya, adakah menyewa kereta perkahwinan lebih penting daripada muzik? Idea di sini adalah untuk anda mencari jalan menjimatkan belanja tanpa mengorbankan impian anda. Seandainya, muzik lebih penting untuk anda, jadi anda mungkin boleh memilih sebuah kereta Honda berbanding Jaguar sebagai kereta perkahwinan.
* Tahu siapa bayar untuk apa
Ia juga boleh membantu untuk mengetahui siapa yang membayar untuk beberapa perkara bagi majlis perkahwinan anda. Untuk melakukannya, adalah lebih baik untuk bertemu dengan kedua-dua belah pihak bagi mengetahui jika ada adat tradisi yang harus dilakukan. Jika tiada, mungkin anda berbincang bagaimana kedua-dua belah pihak boleh berkongsi perbelanjaan.
* Ketahui status kewangan anda
Kira berapa banyak wang yang anda miliki. Berapa banyak yang anda fikir anda perlukan untuk perkahwinan itu dan berapa banyak pula yang anda perlu simpan?
* Usahakan cara untuk mendapatkan wang
Buat satu pelan untuk menjimatkan wang yang diperlukan untuk perkahwinan itu. Salah satu perkara yang boleh diusahakan ialah dengan mewujudkan akaun bersama semata-mata untuk tujuan perkahwinan. Anda berdua kemudiannya boleh mendepositkan wang anda secara kerap. Berdisiplin dalam melakukannya, jika tidak anda tidak mampu untuk mencapai sasaran anda.
Anda juga mungkin boleh memikirkan untuk menjual amanah saham atau saham jika perlu kerana ia adalah lebih baik daripada anda mengambil pinjaman peribadi daripada bank.
* Bahagikan bajet anda
Bahagikan bajet anda mengikut keutamaan. Pada umumnya, majlis perkahwinan anda akan menelan belanja sehingga 50 peratus. Pakaian pengantin, fotografi dan bunga-bungaan, masing-masing boleh menelan belanja sehingga 10 peratus dan baki 20 peratus pula pergi kepada beberapa hal seperti kad jemputan, sewa kereta dan sebagainya.
* Dapatkan sebut harga daripada pembekal
Tujuannya adalah untuk mendapatkan harga terbaik bagi perkhidmatan yang ada mahukan. Oleh itu, dapatkan sekurang-kurangnya daripada tiga orang pembekal untuk sesuatu perkhidmatan. Perolehi sebut harga daripada kedai bunga, kedai gambar, katerer, perkhidmatan kereta sewa dan sebagainya. Kemudian bandingkan harga yang ditawarkan.
* Pilih pembekal anda
Kadang-kadang, harga bukanlah faktor penentu untuk anda memilih pembekal. Kualiti sesuatu perkhidmatan dan cara mereka mengendalikan anda sebagai pelanggan juga wajar diambilkira. Oleh itu, ketemui mereka dan bersedia mengajukan soalan.
* Dapatkan jumlah dengan betul
Sekarang setelah anda sudah mempunyai bajet yang tepat untuk setiap barangan atau perkhidmatan dalam senarai anda, perkara seterusnya ialah mencatatkan kos sebenar untuk setiap barangan bersebelahan dengan kos jangkaannya. Ini adalah untuk anda membuat perbandingan bagi mengetahui sejauh mana yang anda boleh membelanjakan wang anda untuk barangan tersebut. Anda juga boleh membuat pindaan jika perlu.
* Simpan semua rekod atau catatan
Simpan semua rekod, perjanjian, resit dan baucar di tempat yang selamat. Jika perlu, bayar dengan kad kredit. Ia amat penting digunakan bagi memudahkan anda membuat bantahan atau menyangkal jika ada sangsi dengan pembayaran tersebut.
* Semak bajet anda
Sebulan sekali, semak bajet anda untuk memastikan ada berada di landasan yang betul. Bila tarikh perkahwinan sudah hampir, anda mungkin mahu melakukannya setiap minggu memandangkan anda perlu membuat pembelian dan tempahan.
Seelok-eloknya cuba usahakan sebuah majlis perkahwinan yang memenuhi keadaan kewangan anda. Biasa juga berlaku, majlis perkahwinan yang diadakan secara besar-besaran yang menjangkaui keupayaan kewangan dan akhirnya kemelut kewangan membelenggu kehidupan baru untuk tempoh yang agak panjang.
Bersederhana dalam hal ini. Elak mengambil pinjaman peribadi daripada bank kerana jumlah pinjaman yang tidak sewajarnya boleh mengheret anda membuat pembayaran sehingga anda mendapat anak yang ketiga. Ketika itu, tanggungjawab kewangan anda sudah menjadi satu bebanan dan jika anda tidak berhati-hati, anda mungkin boleh terjebak dengan masalah kewangan yang tenat.
Hakikatnya, majlis perkahwinan sepatutnya menjadi acara yang meriah, bahagia dan mampu memahat kenangan indah. Jadi, apa jua bajet yang anda ada, pastikan ia berada pada landasan yang betul.
Sudah tentu anda tidak mahu membayar bil-bil yang tinggi pada bulan pertama perkahwinan anda, kan?
Emas jongkong untuk tujuan simpanan & perkahwinan. Saya sudah buktikan!~ Memang sangat berkesan
Tips Menggunakan Emas Jongkong
  1. Ini adalah pengalaman saya sendiri jadi mudah untuk saya kongsikan bersama. Keputusan untuk saya berkahwin  telah dibuat pada awal Februari 2010.
  2. Keluarga kami telah menetapkan tarikh perkahwinan pada 18 December 2010. Jadi ada 9 bulan untuk tempoh membuat persediaan perkahwinan.
  3. Jumlah hantaran ditetapkan sebanyak RM15,000 (perghh banyak tu)
  4. Saya membuat keputusan untuk membeli 100 gram Gold Bar pada 5 Februari 2010 pada harga RM12,883.
  5. Tanggal tarikh perkahwinan saya 18 December 2010, harga emas 100 gram tersebut telah meningkat kepada RM15,500!(terlebih RM500 pulak dah)
  6. Dan sekarang pada 8 September 2011 harga 100 gram tersebut telah meningkat kepada RM19, 520! Seumpama kos perkahwinan saya telah di cover up hanya setelah 9 bulan perkahwinan.
  7. Di jangkakan selepas 4 tahun kos perkahwinan saya totally dapat dicover oleh kenaikan harga emas tersebut!
Perkahwinan admin publicgoldsarawak.com pada 18 December 2010 =)
Ok, mungkin anda tertanya-tanya.. Bagaimana saya begitu confident harga emas akan terus naik walaupun dalam tempoh 9 bulan sahaja? Jawapannya mudah: Saya belajar dari sejarah harga emas! Lihat dibawah
Setiap tahun orang kata emas mahal.. Tapi apabila dah di tahun seterusnya mereka akan kata, emas tahun lepas murah! Pelik bukan =) itulah mentaliti orang yang belum memiliki emas

0 Bos, apa yang untung melabur emas? (*After 2 year artikel ini di tulis)


Originally posted on 27 January 2010
Salam sejahtera pembaca sekalian,
Apa khabar??  bagus, sik bagus? biasa la hidup tok.. sik seindah mimpi.. cewahh.. alu kdak blog org lain dah..
Okeh, we back to topic.. Banyak komen yang saya terima melalui emel, persoalan biasa melalui facebook dan perbualan seharian.. Soalan pertama yang selalu timbul ialah.. Macam mana dapat untung dengan melabur dalam bentuk emas. Okeh, I will explain here.
Pertama sekali, benda paling pokok dlm pelaburan emas ialah MEMBELI emas pada harga rendah, MENJUAL pada harga yang tinggi. Ingat ayat ini sampai bila-bila okeh.. =)
Ok.. Disini saya akan memberikan contoh terbaik yang akan dapat memahamkan anda sekalian..
Pada 1 July 2009 saya telah membeli emas 50 gram. Untuk membeli emas, saya perlu melihat harga WE SELL, so harga pada hari itu ialah RM5,662.00. Saya beli emas dengan dealer Public Gold, dapat emas dan saya simpan di tempat yang selamat..

Simpan punya simpan, after 6 month saya check balik harga pada hari ini 27/1/2010. Kalau saya berniat hendak menjual emas pada hari ini, saya perlu lihat ruangan WE BUY yang mana menunjukkan harga hari ini ialah RM6,195.00.. Jom kita belajar mengira berapa keuntungan kita sekarang..

Di sini kita dapat mengira berapa keuntungan sekarang.. Caranya mudah saja:

= [(Harga Hari Ini - Harga Waktu Membeli Emas) bahagi Harga Waktu Membeli Emas] x 100%

= [(RM6,195.00 - RM5,322.30) / RM5,322.30] x 100%

Peratus keuntungan adalah sebanyak RM872.72.. atau bersamaan dengan 16.40% keuntungan. Macam mana dapat nilai RM872.72??

Senang saja, RM6,195.00 – RM5,322.30 = RM872.72.. hehe. Baru 6 bulan, belom 1 tahun, 4-5 tahun =)

Baru 6 bulan beb.. So, macam ini la cara mengira keuntungan emas. Kalau rasa nak simpan lagi, tunggu harga lebih naik, boleh.. takda masalah..

Kalau nak jual balik dan dapat keuntungan boleh jual emas anda itu dengan dealer2 Public Gold. Jangan lupa bawa sekali sijil emas tersebut k, kalau tidak anda akan di kenakan penalti bayaran tambahan =)

Secara purata, harga emas naik sebanyak 25% setahun.. Kelak saya akan membuat artikel perbandingan harga emas pada 5 tahun kebelakangan ini. Okeh.. Di harap artikel ini dapat membantu anda memahami bagaimana membuat untung dengan pelaburan emas…

Choice in your hand … Chalo… =p

0 Emas: Penyimpan Nilai Terbaik!


Bismillahirrahmanrrahim,
Salam sejahtera pembaca sekalian,
Setiap bulan gaji bersih kita jumlah nombornya adalah SAMA. Akan tetapi setiap tahun juga harga barang meningkat yang menyebabkan jumlah barang yang dapat dibeli semakin berkurangan. Inilah yang dimaksudkan saya sebagai nilai duit menyusut/merosot disebabkan oleh INFLASI. Apakah option yang kita ada? Baca artikel dibawah ini sehingga habis
Hari ini artikel saya memberi penjelasan mengapa semua orang tidak kira individu, pemilik company/syarikat, ketua keluarga, CEO dan akauntan sekalipun mesti memikirkan untuk diversify/beralih menyimpan sebahagian daripada aset/simpanan mereka dalam bentuk EMAS FIZIKAL.
Inflasi tidak memilih sama ada orang itu kaya ataupun sederhana, kedua-duanya affected oleh inflasi. Malah, semakin banyak wang kertas disimpan.. Semakin besar kesannya dirasai..
Terdapat 2 kategori pembeli emas iaitu:
  1. Beli emas untuk tujuan pelaburan
  2. Beli emas untuk tujuan simpanan
Secara peribadi saya lebih cenderung membuat simpanan emas untuk masa depan berbanding dengan tujuan pelaburan.
Harga emas meningkat pada kadar peratusan yang agak tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh terbongkarnya konspirasi penekanan terhadap harga emas boleh pihak tertentu.
Pihak Bank Persekutuan Amerika dikatakan menyembunyikan fakta sebenar berapa banyak emas yang disimpan, tetapi ‘meminjamkan’ emas kepada pasaran emas supaya wujud bekalan berlebihan. Ini digunakan bagi tujuan mengekalkan nilai dollar pada paras yang tinggi walaupun mereka mengeluarkan dollar pada kadar yang tinggi.
Menggunakan wang kertas dollar untuk mendapatkan segala komoditi yang ada di dunia seperti minyak dan gas
Dollar yang tinggi membolehkan mereka membeli komoditi import daripada negara lain seperti minyak mentah, emas dan komoditi lain dengan menggunakan wang kertas sahaja.
Berbalik kepada persoalan simpanan atau pelaburan. Sekiranya tidak wujud tekanan terhadap harga emas, emas perlu dimiliki oleh semua individu (saya dan anda), syarikat kecil atau besar dan negara sebagai rizab bagi melindungi kekayaan sesebuah keluarga atau syarikat.
Ini disebabkan kerana sifat wang kertas itu yang nilainya semakin hari semakin berkurang nilainya.
Secara umumnya semua orang faham bahawa apabila semakin banyak wang kertas dicetak, semakin besar nilainya akan turun.
Apakah itu inflasi? (Durasi 1 minit):
Namun satu perkara yang perlu difahami ialah penurunan nilai wang kertas tidak berlaku sejurus sahaja dicetak.
Sebagai contoh, pada tahun 1982, keseluruhan wang Ringgit yang di dalam kitaran dan dideposit hanyalah RM12.47 bilion. Pada laporan BNM yang terkini, jumlah kitaran wang kertas RM di pasaran telah meningkat kepada lebih 200 bilion.
Jika kita bandingkan, bilangan wang ringgit telah bertambah sebanyak 16 kali ganda atau 1,600%. Namun harga barang tidak meningkat 16 kali ganda. Belum lagi…
Tahun 1970 – Harga nasi lemak RM0.50
Tahun 2012 – Harga nasi lemak kuantiti sama berharga RM3.50
Apakah kesan monetary Inflation (Percetakan Wang) (Durasi 1 Minit)
Asasnya berdasarkan pemahaman, jika ringgit wang dicetak lebih dan terlampau banyak, nilainya akan turun. Namun apa yang berlaku ketika ini adalah nilai lambat turun, tetapi PASTI  nilai semakin menurun.
Ramai yang tidak sedar sebenarnya duit kertas yang baru sebenarnya salah satu cara increase supply of money
Lonjakan harga emas dalam USD adalah berkait langsung dengan bekalan wang Amerika.
Di Malaysia, kita masih terikut tukaran asing untuk mendapatkan harga emas.
Akan tetapi apabila “Ringgit” dibandingkan dengan emas yang disimpan oleh Malaysia, maka akan dapat tahu nanti berapa nilai ringgit yang sebenar. Malaysia mempunyai rizab emas fizikal sebanyak 36 tan! Jumlah wang circulate di pasaran adalah RM200 billion. Itulah nilai ringgit kita =)
Pada kehidupan harian, nilai yang ada pada ringgit itu merosot setiap tahun, pada kadar  3-4% setiap tahun.
Namun hakikatnya kadar inflasi sebenar adalah kadar yang lebih tinggi. Sistem kawalan harga yang membuatkan ianya kelihatan rendah – harga siling.
Notis harga ayam panggang di 'Bimmers Kuching'.. Tahun 2010 harga RM2.00 untuk satu kepak ayam. Tahun 2011 harga dinaikkan menjadi RM2.50. Meningkat sebanyak 25% !!
Satu hari nanti ia akan membuak/explode jua. Petanda awal ialah “kerajaan tidak lagi mampu menanggung subsidi”. Pengsubsidian adalah kaedah menyembunyikan inflasi sebenar. Malaysia adalah negara yang memberikan subsidi terbesar di dunia iaitu sekitarRM73 billion setiap tahun!
Adakah anda yakin pengsubsidian akan kekal dalam tempoh 4-5 tahun lagi?
Fungsi emas adalah menyimpan nilai sebenar.
Harga emas 50 gram pada 2009 sekitar RM6,000 sahaja
Andai kata ketika ini 50 gram emas mampu untuk menghantar anak ke universiti. Maka jika berlaku krisis kewangan pun, dengan 50 gram emas itu anda masih mampu untuk menghantar anak ke universiti, walaupun ketika itu 50 gram emas harganya mencecah RM25,000.
** Contoh di atas berdasarkan andaian harga 50 gram ialah RM10,000 (ketika ini). Dan 8 tahun lagi pada tahun 2020 harga 50 gram dijangka meningkat ke pada RM25,000 (RM500 segram)
Harga emas dari tahun 2000 sehingga kini. Kenaikan harga emas disebabkan 2 faktor utama: Kelemahan dollar Amerika & permintaan emas pelaburan dari seluruh dunia
Suggestion/saranan saya adalah supaya menyediakan rizab kewangan beberapa bulan gaji dalam bentuk emas fizikal. Katakan 1 dinar setiap 2 bulan. Malah ada juga pembeli-pembeli emas tetap membeli 20 gram emas setiap bulan daripada saya. Tidak kira harga turun atau naik kerana beliau tahu dlm jangka masa yang panjang harga emas nya tetap meningkat.
Buat pengetahuan pembaca, ramai pasangan suami isteri di Sarawak sudah mula menyimpan 1 dinar setiap bulan. Seorang RM400. Ada juga pasangan suami isteri menggunakan kaedah membeli 1 dinar setiap 2 bulan (RM200 seorang). Ini membuktikan sebenarnya mudah jika anda menyimpan nilai dlm bentuk emas berdasarkan kemampuan
Memang kalau boleh tidak mahu nilai ringgit itu jatuh, namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku.
Apa terjadi kalau hasil titik peluh disimpan dalam bentuk wang kertas, lenyap dalam sekelip mata?
Ketika British memerintah tanah melayu, matawang kertas Straits Dollar digunakan, namun apabila Jepun memerintah Kertas itu tidak lagi laku. Kemudian British datang balik, wang kertas pisang jepun pula tidak laku.
Maka, dapat disimpulkan bahawa menyimpan emas adalah sebenarnya menyimpan hasil titik peluh, supaya nilainya tidak merosot/hilang akibat kenaikan inflasi atau krisis kewangan.
Fakta & Justifikasi:
  • Jika saya mempunyai wang kertas sebanyak RM1,000,000 (1 juta) – saya kehilangan nilai sebanyak 4% setiap tahun iaitu kira-kira RM40,000!
  • Jika saya mempunyai emas bernilai RM1,000,000 (5-6 kilogram emas) – setiap tahun nilainya bertambah sebanyak 20% setiap tahun! Tanpa berbuat apa-apa nilai emas tersebut berkembang dengan sendirinya, saya mengelar emas sebagai MAGNET KEKAYAAN!
  • Saranan saya adalah – mulakan simpanan anda dengan pelaburan emas. Bukannya menukar 100% ke dalam bentuk emas fizikal jika anda masih 50-50. Mulakan dengan jumlah 20% dari total simpanan anda.
  • Jika anda sudah merasai sendiri kenaikan harga emas then baru anda decide dengan jumlah yang lebih besar.
Kurang dari 8 tahun dari sekarang..
Yang benar,
Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta
Master Dealer Public Gold (A350)
H/P: 019-8884452
Email: hafizul_hakim@publicgoldsarawak.com

0 Faktor Utama Pelaburan Emas: Spread Margin!


Salam sejahtera sekalian,
Topik di atas sudah beberapa kali di bincangkan oleh saya. Dan syukur alhamdulillah, Allah SWT telah memberikan saya nikmat berfikir dan akhirnya berjaya mencipta kalkulator ajaib =p
Dengan adanya kalkulator ini saya berupaya untuk mengenal pasti bilakah harga terbaik untuk membeli emas dan masa terbaik untuk menjual semula bagi mendapat keuntungan pelaburan.
Dibawah ini saya buat perbandingan spread margin antara Public Gold dengan Syarikat ABC..
Di bahagian atas adalah harga pada hari ini iaitu 24 April 2012 dimana harga dunia adalah di paras $1,636 per ounce.
Berdasarka maklumat yang ada, saya berupaya mengira harga per gram dan spread margin yang ditawarkan..
Dengan kalkulator ini juga saya dapat memberi nilai yang diperoleh jika harga emas melonjak tinggi sebagai contoh $2,000 per ounce.
Kita bandingkan dan buat judgement. Mengapa spread penting..
Perbezaan Harga & Spread..
Supaya ilmu ini bermanfaat buat semua..
Sekian Wassalam,
Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta (A350)
H/P: 019-8884452

0 [Kitco News] - P.M. Kitco Metals Roundup: Gold Ends Higher amid Bullish "Outside Markets"



Comex gold futures prices ended the U.S. day session moderately higher Thursday. The yellow metal traded near steady in early trading and then advanced when the U.S. dollar index came under selling pressure following some fresh, weak U.S. economic data. Higher crude oil futures prices Thursday were the other bullish outside market force supporting the precious metals. December gold futures are now trading comfortably above the psychological level of $1,600.00. However, near-term trading, overall, remains choppy, sideways and within a well-defined range on the daily chart. December gold last traded up $12.30 an ounce at $1,618.90. Spot gold was last quoted up $13.70 an ounce at $1,617.25.  September Comex silver last traded up $0.388 at $28.20 an ounce.
The Philadelphia Fed business survey was released Thursday morning and it came in weaker than expected. That followed a weak housing starts report for July. Other U.S. data issued Thursday was a mixed bag, but overall the fresh economic data helped to pressure the U.S. dollar index, which in turn helped to boost gold and silver.
In overnight news, the World Gold Council reported central bank purchases of gold were more than double the rate seen at this time last year. However, there was a 7% annualized drop in global gold demand in the second quarter, including a 56% drop in demand coming from India. The Gold Council said the stepped-up central bank purchases show “through all the uncertainty, it is clear that gold’s fundamental properties as a vehicle for capital preservation and a source of liquidity continue to endure.” The central banks are the “ultimate longer-term investors,” said the Council.
In other overnight news, there were reports Chinese leader Wen Jiabao said his country may have to ease monetary policy soon. However, the market place shrugged off his comments. European stock markets were quiet and range-bound. U.K. retail sales data was released and it came out stronger than expected. Traders are once again looking to a fresh batch of U.S. economic data Thursday for price direction.
Many market participants are on the sidelines, or are tentative, as they wait to see if the U.S. Federal Reserve will act to implement another round of quantitative easing of U.S. monetary policy—nicknamed QE3. Any such action could occur at the Fed’s Jackson Hole, Wyoming annual gathering in late-August, or at the next meeting of the Fed’s Federal Open Market Committee in September.
The U.S. dollar index was firmer in early trading Thursday but then sold off on the release of the U.S. economic data. The greenback is seeing choppy trading action recently, but the bulls maintain the overall near-term technical advantage. Meantime, crude oil prices were near steady early Thursday morning and then rallied as the session progressed. Oil bulls still have some of upside near-term technical momentum as prices poked to a fresh three-month high Thursday. The precious metals markets will continue to look closely at how these two key “outside markets” trade on a daily basis.
The London P.M. gold fix is $1,604.50 versus the previous London P.M. fixing of $1,601.75.
Technically, December gold futures prices closed nearer the session high Thursday. The choppy, sideways and range-bound trading action continues as it has for the past two months. The gold market bulls and bears are on an overall level near-term technical playing field. The gold bulls’ next upside price breakout objective is to produce a close above solid technical resistance at the June high of $1,646.40. Bears' next near-term downside price objective is closing prices below solid technical support at the July low of $1,559.50. First resistance is seen at Thursday’s high of $1,622.00 and then at last week’s high of $1,633.30. First support is seen at Thursday’s low of $1,603.00 and then at this week’s low of $1,592.10. Wyckoff’s Market Rating: 5.0
September silver futures closed up $0.388 an ounce at $28.20 Thursday. Prices closed near the session high and closed at a fresh six-week high close. Prices are still choppy, sideways and range-bound, but the market is now in the very upper boundary of its trading range, suggesting an upside breakout is possible soon. Silver bears still have the slight overall near-term technical advantage. Bulls’ next upside price breakout objective is closing prices above solid technical resistance at the July high of $28.445 an ounce. The next downside price breakout objective for the bears is closing prices below solid technical support at the June low of $26.105. First resistance is seen at last week’s high of $28.315 and then at $28.445. Next support is seen at $28.00 and then at Thursday’s low of $27.66. Wyckoff's Market Rating: 4.5.
September N.Y. copper closed up 325 points at 338.20 cents Thursday. Prices closed nearer the session high. The key “outside markets” were bullish for copper Thursday, as the U.S. dollar index was lower and crude oil prices were higher. Copper bears still have the overall near-term technical advantage. Copper bulls' next upside breakout objective is pushing and closing prices above solid technical resistance at 345.70 cents. The next downside price breakout objective for the bears is closing prices below solid technical support at the June low of 325.00 cents. First resistance is seen at 340.00 cents and then at 342.50 cents. First support is seen at 335.00 cents and then at this week’s low of 333.40 cents. Wyckoff's Market Rating: 4.0.
Follow me on Twitter! If you want daily, or nightly, up-to-the-second market analysis on gold and silver price action, then follow me on Twitter. It's free, too. My account is @jimwyckoff .
By Jim Wyckoff, 
contributing to Kitco News; jwyckoff@kitco.com

1 Trade-In emas anda ke Produk Public Gold!


Salam sejahtera pembaca sekalian,
Untuk makluman, anda boleh mendaftar sebagai Dealer Public Gold melalui promosi ini dengan cara menukarkan Emas yang ada dalam simpanan anda ketika ini (jongkong emas brand X atau barang kemas) kepada Produk Emas Public Gold.
Anda boleh terus ke cawangan Public Gold berhampiran untuk berurusan dan anda juga boleh meletakkan nama saya sebagai Introducer ketika anda mengisi borang pendaftaran pelanggan nanti.
Nama : Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta
Dealer Kod : PG839
Rebut peluang memulakan/menambah belian Emas sementara harga masih lagi berada di posisi yang rendah ketika ini. Nikmati keuntungan lumayan dari kenaikan harganya dalam jangkamasa jualan semula yang singkat selepas ini!

Popular posts

 

Public Gold Sarawak Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates